SELANGOR

Halimey gariskan enam segmen pembangunan belia Seri Setia

26 Ogos 2018, 6:21 AM
Halimey gariskan enam segmen pembangunan belia Seri Setia
Halimey gariskan enam segmen pembangunan belia Seri Setia

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 26 OGOS: Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bakal diperkasakan dengan memfokuskan kepada enam segmen utama melibatkan belia kawasan itu.

Calon Pakatan Harapan (PAKATAN) Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar berkata, enam segmen itu adalah ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, daya kepimpinan, sukan dan pendidikan.

"Belia atau generasi muda di DUN ini tanpa mengira bangsa akan diberi pendedahan sewajarnya dalam apa sahaja bidang termasuk sukan sehingga mereka mampu mencapai tahap yang cemerlang.

"Melatih generasi muda yang terpilih supaya mereka mahir berkomunikasi termasuk membimbing mereka agar mampu melakukan pengucapan awam di khalayak ramai menerusi program yang dikenal pasti kerana ini penting berikutan kemahiran pengucapan awam adalah ciri utama dalam melahirkan seorang pemimpin berkarisma dan berwibawa," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Harian PAKATAN di Bilik Gerakan Utama DUN Seri Setia di sini, hari ini.

Halimey berkata, golongan muda berani terlibat sebagai inovator atau pereka bagi produk yang boleh memberi manfaat kepada negara dan golongan terbabit perlu diberikan bantuan dan sokongan moral mahupun material.

Halimey turut menggariskan terhadap keperluan untuk memastikan asas utama seperti pendidikan dan ekonomi mereka sentiasa diberi perhatian supaya usaha melahirkan belia berwawasan tidak terencat.

Selain itu, ruang untuk anak muda menyalurkan idea dan pandangan terutama berkaitan idea yang boleh menyumbang kepada proses pembangunan masyarakat setempat khasnya di Seri Setia perlu dibuka seluas-luasnya.

"Ini penting kerana adakalanya idea generasi muda lebih kreatif terutama bagi mereka yang berfikiran di luar kotak tetapi tidak tahu ke mana hendak disalurkan," katanya lagi.

Halimey turut tekad memastikan PeBT didedahkan kepada ilmu dan kepentingan patriotisme supaya semangat sayangkan komuniti dan negara dapat dicontohi oleh anak muda di sekeliling mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619