BERITA UTAMA

MB: Tahniah Pasukan Pilihan Selangor

26 Ogos 2018, 4:48 AM
MB: Tahniah Pasukan Pilihan Selangor
MB: Tahniah Pasukan Pilihan Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 26 OGOS: Kemenangan yang diperolehi Pasukan Pilihan Selangor selepas menewaskan Pasukan Pilihan Singapura malam tadi turut membanggakan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Amirudin melalui laman twitter rasminya mengucapkan tahniah kepada pasukan terbabit.

Katanya, beliau melihat sendiri kesungguhan pasukan itu berlatih secara intensif sepanjang dua minggu di Padang SUK dan di Akademi FAS Puncak Alam.

"Usaha berkenaan telah membuahkan hasil. Ini adalah permata masa depan Merah Kuning," tulisnya.

Pasukan Pilihan Selangor berjaya menundukkan Pilihan Singapura dalam kategori saingan Piala Sultan Selangor 2018 di Stadium Shah Alam menerusi sepakan penalti 5-3.

Sebelum itu, pasukan veteran Selangor berjaya menewaskan veteran Singapura 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam kategori veteran saingan Piala Sultan Selangor 2018.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan dan menyaksikan Piala Sultan Selangor 2018.

Baginda turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut hadir pada perlawanan itu adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abdul Karim Munisar.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619