GLOBAL

Google tamat lebih 60 akaun berkait IRIB

24 Ogos 2018, 4:08 AM
Google tamat lebih 60 akaun berkait IRIB

SAN FRANCISCO, 24 OGOS: Google menyekat saluran YouTube dan akaun lain berhubung kempen salah maklumat dikaitkan Iran, semalam.

Naib Presiden Google, Kent Walker berkata, pihaknya bekerja sama dengan firma keselamatan siber, FireEye serta akaun dikaitkan dengan Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB) sejak Januari 2017.

“Kami mengenal pasti dan menamatkan sejumlah akaun dikaitkan dengan organisasi IRIB yang menyembunyikan kaitan mereka.

“Pihak yang terbabit dalam operasi pengaruh seperti ini melanggar dasar kami dan kami segera mengeluarkan kandungan seperti itu daripada perkhidmatan dan menamatkan akaun mereka,” katanya dalam kenyataan.

Google menjadi perkhidmatan dalam talian terbaharu melakukan tindakan keras terhadap usaha salah maklumat berpunca daripada Russia dan Iran dengan sasaran jelas mencetuskan huru-hara dan kekeliruan sebelum pilihan raya Amerika Syarikat (AS), pada November.

Gergasi teknologi itu berkata, ia menyekat 39 saluran YouTube yang menarik sejumlah 13,466 paparan di AS berkaitan ‘video relevan’ dan menyekat enam akaun di Blogger serta 13 akaun di rangkaian sosial Google+.

“Sebagai tambahan kepada perisikan yang kami terima daripada FireEye, pasukan kami menyiasat secara meluas pihak mencurigakan dikaitkan Iran yang terbabit dalam usaha ini,” kata Google. -AFP

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619