SELANGOR

Guan Eng seru jentera kerja kuat

18 Ogos 2018, 4:04 AM
Guan Eng seru jentera kerja kuat
Guan Eng seru jentera kerja kuat

OLEH NORHAYATI UMOR

HULU LANGAT, 18 OGOS: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mahu seluruh jentera supaya tidak terlalu yakin menang di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Sebaliknya, beliau meminta seluruh jentera parti berusaha sehabis daya untuk mengekalkan kemenangan di kerusi yang ditinggalkan mendiang Eddie Ng Tien Chee.

"Saya buat kenyataan bukan mewakili DAP tetapi semua parti dalam Pakatan Harapan (PAKATAN). Kita akan berusaha untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat.

“Kita tidak boleh yakin sangat akan menang sebaliknya seluruh jentera perlu berusaha bersungguh-sungguh sehingga kemenangan berpihak kepada PAKATAN," katanya. ketika ditemui di dewan penamaan calon, di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

Pada masa sama, Guan Eng berkata, penggunaan logo PAKATAN buat pertama kalinya dalam pilihan raya membuktikan kerjasama kukuh antara parti gabungan.

Guan Eng turut menyifatkan, MCA adalah parti serpihan bersifat memencilkan diri dan mewakili satu kaum sahaja.

"Berdasarkan perkembangan semasa pembangkang, mereka hanya gemar memencilkan diri dan mengutamakan satu kaum sahaja.

"Oleh itu, terserah kepada rakyat sama ada ingin memilih parti yang mewakili seluruh rakyat Malaysia atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng mengiringi Naib Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki, yang bertanding sebagai calon PAKATAN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Balakong, pada 8 September ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619