SELANGOR

Sistem RFID bakal dilancar di lebuh raya utama negara bermula September ini

8 Ogos 2018, 7:08 AM
Sistem RFID bakal dilancar di lebuh raya utama negara bermula September ini

KUALA LUMPUR 8 OGOS: Mulai September ini, Touch 'n Go Sdn Bhd (TNGSB) bakal melancarkan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) kepada pengguna lebuh raya utama di Malaysia.

Menurut satu kenyataan hari ini, keputusan berkenaan dibuat selepas TNGSB melakukan sesi ujian menyeluruh terhadap RFID dengan kerjasama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di bawah pihak berkuasa lebuh raya sepanjang tahun 2017.

"Ujian perintis tambahan akan turut diadakan 3 September ini bagi membantu TNGSB memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul sebelum RFID digunapakai di seluruh lebuh raya negara sekitar Januari 2019," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut orang ramai yang ingin menggunakan RFID boleh mendaftar melalui laman web www.touchngo.com.my bagi mengambil bahagian dalam ujian perintis tambahan itu.

Berikutan pelancaran RFID, peranti SmartTAG tidak akan dijual lagi oleh ejen-ejen sah TNGSB bermula 8 Ogos ini tetapi peranti sedia ada, kad Touch 'n Go dan MyKad masih boleh digunapakai pengguna lebuh raya untuk pembayaran tol seperti biasa, katanya.

Antara lebuh raya di sekitar Lembah Klang yang dilengkapi RFID ialah Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Besraya (Besraya).

Untuk maklumat lanjut berkenaan RFID, pendaftaran sebagai pengguna awal fasa percubaan atau mengenai perkhidmatan, pengguna boleh melayari laman web www.touchngo.com.my , emel careline@touchngo.com.my atau boleh menghubungi Touch 'n Go Careline di talian 03-27148888.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619