NASIONAL

Peguam Negara: Kapal mewah Equanimity disita secara teratur

7 Ogos 2018, 7:46 AM
Peguam Negara: Kapal mewah Equanimity disita secara teratur
Peguam Negara: Kapal mewah Equanimity disita secara teratur

SHAH ALAM 7 OGOS: Peguam Negara Tommy Thomas berkata kapal layar mewah Equanimity disita mengikut undang-undang Malaysia.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara telah memohon bidang kuasa Admiralti Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur terhadap kapal layar tersebut dan pada Isnin mahkamah mengeluarkan Waran Penahanan terhadapnya.

"Oleh itu, "Equanimity" kini telah disita secara teratur di bawah undang-undang Malaysia," katanya dalam satu kenyataan sejurus selepas kapal layar bernilai bilion ringgit itu berlabuh di Pusat Pelayaran Boustead, Pulau Indah pada jam 1 petang Selasa.

Thomas berkata, lanjutan daripada Triti-Triti Bantuan Perundangan Bersama (MLA) antara Indonesia, Amerika Syarikat dan Malaysia yang diaktifkan baru-baru ini, rundingan sensitif dan rumit telah diadakan di peringkat tertinggi pelbagai agensi di ketiga-tiga negara untuk mencapai kejayaan tersebut.

"Kapal layar tersebut telah disita oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Februari 2018 atas permohonan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

"Penyitaan tersebut dibuat atas inisiatif DOJ yang menuntut hak milik ke atas kapal layar tersebut bagi pihak Malaysia dan 1MDB kerana wang milik kita telah digunakan untuk membelinya," kata beliau.

Thomas juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Indonesia dan Amerika Syarikat, terutamanya Polis Republik Indonesia (Polri) dalam menghulurkan kerjasama dengan Malaysia untuk membolehkan Equanimity kembali ke negara ini.

Beliau berkata antara agensi tempatan terlibat dalam operasi tersebut adalah Polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619