NASIONAL

Kerajaan sita Equanimity ikut prosedur undang-undang

14 Ogos 2018, 4:46 AM
Kerajaan sita Equanimity ikut prosedur undang-undang

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Tindakan Kerajaan Persekutuan menyita kapal Equanimity yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sah dan mematuhi prosedur undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, Amerika Syarikat menyatakan persetujuan supaya Indonesia menyerahkan kapal itu kepada Malaysia, sebaik sahaja kapal layar terbabit tiba, di negara ini.

"Tindakan penahanan kapal Equanimity dilaksanakan mengikut prosedur undang-undang Malaysia dan dakwaan (langgar prosedur) tidak berasas sama sekali.

“Atas permohonan kerajaan Malaysia, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan waran penahanan atau waran tangkap terhadap kapal Equanimity yang dilaksanakan apabila ia sampai di Pelabuhan Klang pada 7 Ogos lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), pada sesi Pertanyaan Menteri, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Azalina sebelum itu meminta kerajaan menyatakan sejauh mana kebenaran dakwaan peguam kepada ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low bahawa tindakan sita terhadap kapal Equanimity oleh kerajaan Malaysia adalah tidak sah dan merampas prosiding negara lain.

Liew berkata, pada masa ini, kerajaan masih menunggu kepulangan Jho Low untuk menuntut kapal yang dikatakan dibeli menggunakan dana penyelewengan 1MDB.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619