SELANGOR

PRK Sungai Kandis: Mohd Zawawi sasar 75% keluar mengundi

3 Ogos 2018, 5:47 AM
PRK Sungai Kandis: Mohd Zawawi sasar 75% keluar mengundi

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 3 OGOS: KEADILAN mensasarkan 75 peratus pengundi bakal menjalankan tanggungjawab masing-masing, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, esok.

Calonnya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, peratusan itu sedikit rendah ekoran kebanyakan pengundi tinggal di luar kawasan dan tidak menolak kemungkinan tawakuf daripada mengundi atas arahan parti masing-masing.

"Bagaimanapun, saya masih berkeyakinan pengundi akan keluar lebih 75 peratus dan saya sasarkan 10,000 majoriti boleh tercapai," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN PRK DUN Sungai Kandis, di sini, hari ini.

Seramai 50,800 pengundi Sungai Kandis sekali lagi mengundi selepas penyandangnya, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia ekoran kanser limfoma.

Zawawi akan ditentang calon Barisan Nasional daripada Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, Murthy Krishnasamy.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Shuhaimi menang dengan majoriti 12,480.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619