PBT

Buang sisa kebun secara terurus

28 Jul 2018, 5:22 AM
Buang sisa kebun secara terurus

OLEH NADIAH ZAMLUS

SERI KEMBANGAN, 28 JUL: Buang sisa kebun anda dengan cara yang betul, demikian nasihat Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Katanya, tidak sepatutnya penduduk membuang begitu sahaja sisa pokok mahupun tanah di merata tempat selepas aktiviti berkebun.

"Walaupun ia adalah daun dan boleh mereput dengan sendiri, namun ia tetap memberi imej yang tidak baik sekiranya dibuang merata tempat, malah ia akan menyukarkan kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk membuat kutipan sampah.

"Buang kesemua sisa ini seperti sampah lain juga, di dalam tong sampah yang sepatutnya, jika kita ingin komuniti kita terjaga rapi, biarlah ia bersih dan cantik selalu," katanya ketika ditemui SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Program Penanaman Pokok Bersama Komuniti di Sungai Kuyoh pagi tadi.

Hian Wah berkata, beliau berbangga apabila komuniti setempat menanam pokok secara sukarela sekaligus membuatkan kawasan setempat lebih segar.

"Saya juga menyokong sepenuhnya aktiviti agensi kerajaan ini dan berharap penduduk menjaganya dengan baik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619