GLOBAL

Empangan di Laos runtuh: Ratusan hilang, enam kampung tenggelam

25 Jul 2018, 12:21 AM
Empangan di Laos runtuh: Ratusan hilang, enam kampung tenggelam

VIENTIANE, Laos 25 JUL: Beratus-ratus orang hilang dan sebilangan lagi dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada sebuah empangan hidroelektrik yang sedang dibina runtuh di tenggara Laos, lapor media pemerintah semalam.

Laos mempunyai rangkaian sungai yang luas dan terdapat beberapa empangan sedang dibina atau dirancang di negara dikelilingi daratan itu. Laos mengeksport sebahagian besar tenaga hidroelektriknya ke negara jiran seperti Thailand.

Agensi Berita Laos (LNA) berkata, kemalangan itu berlaku di sebuah empangan hidroelektrik di daerah Sanamxay, wilayah Attapeu lewat kel marin. Bencana itu menyebabkan lima bilion kubik meter air atau anggaran lebih dua juta kolam renang saiz Olimpik, melimpah keluar.

Menurut LNA, enam buah kampung tenggelam dan kira-kira 6,600 orang hilang tempat tinggal.

Sejumlah kediaman di selatan daerah Sanamxay turut dihanyutkan air deras, manakala pegawai-pegawai di wilayah Attapaeu meminta supaya bantuan disalurkan kepada mangsa banjir.

Empangan hidroelektrik berharga AS$1.2 bilion (RM4.8 bilion) itu merupakan sebahagian daripada projek syarikat berpangkalan di Vientiane, Xe Pian Xe Namnoy Power Company (PNPC), sebuah kerjasama yang dibentuk pada tahun 2012.

Antara syarikat yang terlibat dalam projek itu, menurut LNA, termasuk firma Ratchaburi Electricity Generating Holding dari Thailand, Western Power (Korea Selatan) dan Lao Holding State Enterprise (Laos).

Empangan berkapasiti 410 megawatt itu sepatutnya memulakan operasi komersial menjelang 2019.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619