GLOBAL

Korea Utara musnah tapak ujian roket di Sohae

24 Jul 2018, 1:27 AM
Korea Utara musnah tapak ujian roket di Sohae

WASHINGTON 24 JUL: Korea Utara dipercayai sudah memulakan proses merobohkan kemudahan utama di pusat ujian enjin roket milik mereka.

Menurut sekumpulan pakar, tindakan itu menunjukkan perubahan penting susulan sidang kemuncak antara pemimpin Pyongyang, Kim Jong-un dan Presiden Donald Trump, yang berlangsung di Singapura, bulan lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai '38 North', berkata imej satelit komersial yang diperoleh menunjukkan Pyongyang sudah memulakan proses merobohkan bangunan di stesen pelancar satelit Sohae.

Yang turut dimusnahkan, katanya, peralatan ujian enjin roket yang digunakan untuk menguji enjin bahan api cecair bagi peluru berpandu balistik dan kenderaan pelancar angkasa.

Sohae yang terletak di kawasan pantai barat laut Korea Utara, adalah lokasi ujian roket bagi menghantar satelit ke orbit.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619