BERITA UTAMA

Tabung Harapan kutip RM3.4 juta Makan Malam Gabungan 18 Persatuan Klang

23 Jul 2018, 1:47 AM
Tabung Harapan kutip RM3.4 juta Makan Malam Gabungan 18 Persatuan Klang
Tabung Harapan kutip RM3.4 juta Makan Malam Gabungan 18 Persatuan Klang

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 JUL: Majlis Makan Malam Kempen Derma Tabung Harapan Malaysia yang dianjurkan Gabungan 18 Persatuan Klang berjaya mengutip RM3,479,100.

Kutipan itu diperolehi daripada 257 buah syarikat dan individu di Klang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sumbangan itu memberi makna yang besar kepada negara.

"Walaupun jumlah derma ini hanyalah RM3 juta iaitu jauh kecil berbanding hutang negara yang mencecah RM1 trilion namun apa yang penting adalah semangat rakyat membantu negara.

"Walaupun tiada paksaan tetapi mereka sanggup berkorban untuk membantu negara," kata Mahathir pada majlis yang diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini, malam tadi.

Mahathir turut melahirkan perasaan terharu dan kagum melihat semangat yang ditunjukkan rakyatm

Terdahulu, kempen derma yang dilancarkan Gabungan 18 Persatuan Klang mendapat sambutan pelbagai pihak.

Selain perseorangan, beberapa syarikat terkenal seperti Press Metal Berhad dengan sumbangan berjumlah RM1 juta dan pasar raya 99 Speedmart (RM100,000).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619