SELANGOR

Wujud inisiatif khas buat ibu bapa OKU

18 Jul 2018, 8:50 AM
Wujud inisiatif khas buat ibu bapa OKU

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 18 JULAI: Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin mencadangkan inisiatif baharu diperkenalkan khas kepada ibu bapa yang mempunyai anak Orang Kelainan Upaya (OKU).

Katanya, walaupun Kerajaan Negeri sudah memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), namun ia hanya terhad kepada ibu yang mempunyai anak 21 tahun ke bawah.

"Saya ingin mencadangkan satu inisiatif diperkenalkan khusus kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU dan boleh memohon tanpa had umur.

"Hal ini ekoran ramai dalam kalangan pemohon KISS mempunyai anak OKU tetapi jika umur anak mereka atas 21 tahun, mereka tidak boleh memohon," katanya kepada SelangorKini.

Rozana berkata, tanggungjawab dan cabaran ibu bapa yang mempunyai anak OKU adalah sangat mencabar dan berharap Kerajaan Negeri akan melaksanakan inisiatif itu kepada golongan terbabit.

Pada masa sama, beliau turut memuji Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Inisiatif Peduli Rakyat yang memelihara kebajikan rakyat dari bayi hingga meninggal dunia.

"Salah satunya adalah KISS yang bukan sahaja meringankan beban keluarga, namun pemakanan juga terjaga dengan baik," katanya.

Mengulas berkenaan sambutan KISS di DUN Permatang, Rozana berkata, seramai 1,450 penerima sudah mendapat manfaat itu sehingga kini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619