ADN

ADN Permatang agih 300 pek makanan asas, bantu penduduk dikuarantin

7 Mac 2022, 4:07 AM
ADN Permatang agih 300 pek makanan asas, bantu penduduk dikuarantin

SHAH ALAM, 7 MAC : Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menyediakan sebanyak 300 pek makanan asas kepada keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata daripada jumlah itu 150 sudah diagihkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Kita mengambil inisiatif ini selepas mengambil kira keadaan penduduk atau keluarga dijangkiti Covid-19 yang perlu menjalani kuarantin diri, menyebabkan mereka sukar mendapatkan barang keperluan asas.

"Jadi, dengan cara ini saya harap ia dapat meringankan beban mereka sepanjang tempoh kuarantin," katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata, inisiatif itu akan diteruskan dari semasa ke semasa berdasarkan laporan diterima daripada pihak MPKK dan ketua komuniti kawasan masing-masing.

Selain itu, individu yang sedang dalam tempoh kuarantin dan memerlukan bantuan tersebut juga boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang di 03-3281 2069 atau 010-557 3736.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619