NASIONAL

Agong harap cadangan kadar gaji minima diperkenalkan

17 Jul 2018, 7:24 AM
Agong harap cadangan kadar gaji minima diperkenalkan
Agong harap cadangan kadar gaji minima diperkenalkan

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 17 JUL: Kehidupan rakyat boleh diperbaiki dengan langkah menyamaratakan kadar gaji minima di seluruh negara.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah, ini kerana sumbangan kira-kira 15 juta pekerja amat besar kepada pembangunan negara.

"Beta berharap pengenalan inisiatif seperti penubuhan suruhanjaya, cadangan menyamaratakan kadar gaji minimum di seluruh negara dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan akan dapat mensejahterakan mereka," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Ke-14 2018 di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Baginda turut menekankan aspek sumbangan besar golongan wanita terhadap negara membabitkan pelbagai bidang pekerjaan dan kemahiran.

Baginda turut yakin penglibatan golongan wanita dapat dipertingkatkan lagi.

"Langkah-langkah menggilap potensi, kemahiran serta menggalakkan mereka untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara perlu diperkasakan," titah baginda.

Bagaimanapun baginda bertitah, aspek penjagaan institusi keluarga perlu diberi keutamaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619