ALAM SEKITAR & CUACA

Selangor 'haramkan' pembalakan selama 25 tahun

14 Jul 2018, 3:14 AM
Selangor 'haramkan' pembalakan selama 25 tahun

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 14 JUL: Kerajaan Selangor adalah satu-satunya negeri yang mengharamkan pembalakan, kata Pengarah Jabatan Perhutanannya, Dato' Dr Puat Dahalan.

Katanya, dasar moratorium yang diputuskan Kerajaan Negeri ke atas pembalakan sememangnya memberi kesan begitu positif terhadap hutan negeri ini.

"Tempoh moratorium ini bukan diamalkan selama lima hingga 10 tahun sahaja sebaliknya hampir 25 tahun, ia bermula dari tahun 2010 dan dijangka berakhir pada 2035.

"Tidak dinafikan ketika hendak mencapai kata putus bagi moratorium ini bukanlah kerja mudah, Jabatan Perhutanan Selangor bersama Kerajaan Negeri pada waktu itu perlu berani mengambil tindakan," katanya kepada SelangorKini.

Pada 2017, negara kerugian kira-kira RM15.2 juta akibat daripada aktiviti pembalakan haram di Semenanjung Malaysia dari tahun 2006 hingga 2016.

Puat berkata, hakikatnya Selangor adalah sebuah negeri yang dipenuhi dengan sektor perindustrian sekaligus memerlukan bahan kayu mentah dalam jumlah banyak.

"Malah mengikut undang-undang Majlis Perhutanan Negara membenarkan sesebuah negeri membuat pembalakan ke atas 1,000 hektar tanah setahun.

"Tetapi kita tetap nafikan hak berkenaan dan tidak mahu menerima pendapatan melalui pembalakan, ini adalah satu kebanggaan buat Selangor," katanya.

=EZY=

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619