BERITA UTAMA

Delegasi DNJ kunjungi DNS

13 Jul 2018, 2:04 AM
Delegasi DNJ kunjungi DNS
Delegasi DNJ kunjungi DNS
Delegasi DNJ kunjungi DNS

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 JUL: Dewan Negeri Selangor (DNS) bersedia berkongsi pengalaman dengan Dewan Negeri Johor (DNJ) dan dewan negeri-negeri lain bagi meningkatkan lagi demokrasi di negara ini.

Speaker DNS, Ng Sue Lim berkata, DNS amat berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi DNJ yang diketuai Speakernya, Suhaizan Kayat.

"DNS menerima kunjungan hormat delegasi Speaker DNJ pertama bagi Penggal ke-14 ini yang diketuai Suhaizan Kayat bersama Timbalannya Gan Peck Cheng dan juga juru tulis Subanah.

"Terima kasih atas kunjungan ini dan memilih DNS sebagai dewan yang pertama untuk dikunjungi, ia sangat bermakna kerana DNS terkenal dengan komitmen serta usaha reform dan pembaharuan dewan berbanding semua dewan-dewan negeri lain hatta di peringkat Parlimen sekalipun," katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Sue Lim berkata, antara pembaharuan DNS yang menarik perhatian delegasi terbabit seperti masa dan ruang perbahasan terbuka luas untuk penyokong kerajaan dan pembangkang.

Katanya, DNS juga mewujudkan jawatankuasa pilihan khas yang baru dan juga jawatankuasa kebertanggungjawaban dan keteleusan (SELCAT).

Katanya, kemampuan DNS memastikan doktrin pengasingan kuasa antara eksekutif, legaslatif dan perundangan berjalan lancar turut menarika perhatian banyak pihak.

Sementara itu, Timbalan Speaker DNS, Mohd Khairuddin Othman berkata, pada pertemuan itu kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai pandangan dan pendekatan perjalanan dewan masing-masing.

"DNS telah meletakan penanda aras yang tinggi dalam pengendalian perjalanan institusi legislatif di negeri.

"DNJ dan DNS akan terus bertukar idea dan pandangan pada masa hadapan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619