SELANGOR

Reformasi 1998 bina intelektual MB

9 Jul 2018, 7:03 AM
Reformasi 1998 bina intelektual MB
Reformasi 1998 bina intelektual MB

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANGI, 9 JULAI: Gerakan reformasi yang tercetus pada 1998 memberi kesan kepada gaya pemikiran dan pembangunan intelektual Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Berkkongsi pengalaman, beliau yang ketika itu berumur 18 tahun terbabit dalam pasukan pendebat Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Aktiviti debat mencabar minda untuk cerdas membina bongkah hujah dan tangkas membalas hujah lawan, namun kerana pada waktu itu meletusnya episod penting dalam politik negara, perdebatan bukan sahaja sekadar memenangi pertandingan tetapi mengasah minda saya memahami persoalan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Perlawanan Akhir Pertandingan Debat DiRaja, di Auditorium Permata Pintar, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, kemahiran berdebat, pengucapan umum dan retorika yang ditimba sepanjang pembabitannya di universiti membantu beliau merungkai persoalan serta permasalahan awam selain berusaha mencari penyelesaian.

Katanya, hasil kerjasama dan keintiman pengasas awal sehingga kini, dunia debat melahirkan pendebat yang kembali berbakti kepada masyarakat dan negara.

"Saya ingin mengingatkan adik-adik di hadapan saya hari ini supaya tidak menjadi pendebat yang sekadar mahu memenangi pertandingan tetapi medan menajamkan intelektualisme dan idealisme," katanya.

Perlawanan akhir bagi kategori Bahasa Melayu itu menemukan pasukan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pembangkang dan UPM sebagai kerajaan.

Pertandingan debat dengan format Parlimen itu menyaksikan UPM sebagai juara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619