SELANGOR

Invest Selangor mahu tarik pelabur UK

3 Jul 2018, 8:37 AM
Invest Selangor mahu tarik pelabur UK
Invest Selangor mahu tarik pelabur UK
Invest Selangor mahu tarik pelabur UK
Invest Selangor mahu tarik pelabur UK

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 JULAI: Invest Selangor mahu menarik lebih ramai pelabur dari United Kingdom (UK) pada pertengahan Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Hasan Azhari Idris berkata, pihaknya menyertai sebuah pameran di negara itu bermula 15 Julai depan bertujuan untuk memperkenalkan Selangor dalam kalangan pelabur.

"Penyertaan Invest Selangor kali ini juga membolehkan kita mengenali pelabur berpotensi, malah dijangkakan pameran itu juga turut disertai pelabur daripada pelbagai negara.

"Sudah tentu ia peluang besar buat Selangor, dan pada tahun ini Invest Selangor akan berusaha meningkatkan usaha pelaburan ke negeri ini," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Jalinan Silaturrahim Aidilfitri 2018 di Hotel Concorde.

Turut hadir Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Azmie Diron.

Lebih daripada 1,000 tetamu hadir ke majlis berkenaan yang turut dimeriahkan dengan persembahan band.

Hasan berkata, beliau gembira apabila majlis berkenaan berjalan lancar dan kehadiran di luar jangkaan.

"Saya berbesar hati dan semoga majlis ini dapat mengeratkan hubungan kita," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619