SELANGOR

MB hadir Rumah Terbuka CIMB

30 Jun 2018, 2:02 PM
MB hadir Rumah Terbuka CIMB

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kumpulan CIMB, di Hotel Mandarin Oriental, di sini, hari ini.

Ketibaan Amirudin disambut Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Amirudin tiba di rumah terbuka itu kira-kira jam 8.30 malam.

Beliau meluangkan masa kira-kira dua jam di majlis yang dihadiri tetamu terdiri daripada kerabat dan kenamaan.

Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619