MB santuni petugas Aidilfitri, singgah enam agensi hargai barisan hadapan

19 Mac 2026, 3:24 PM
MB santuni petugas Aidilfitri, singgah enam agensi hargai barisan hadapan
MB santuni petugas Aidilfitri, singgah enam agensi hargai barisan hadapan
MB santuni petugas Aidilfitri, singgah enam agensi hargai barisan hadapan

SHAH ALAM, 19 MAC: Dato’ Menteri Besar menyantuni petugas enam agensi termasuk barisan hadapan sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka yang tetap bertugas pada pagi Syawal.

Dato’ Seri Amirudin Shari memulakan program Singgah Syawal di KDEB ICI Sdn Bhd sebelum meneruskan kunjungan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik serta Penjara Sungai Buloh, sambil menyampaikan juadah Aidilfitri termasuk lemang dan rendang.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersalaman dengan kakitangan KDEB ketika hadir Program Mb Singgah Syawal di KDEB ICI Sdn Bhd, Shah Alam pada 19 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Kunjungan itu turut melibatkan Loji Rawatan Air North Hammock, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan berakhir di Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang.

“Kebanyakan mereka bertugas sepanjang minggu pertama Aidilfitri. Mereka memastikan kelancaran beberapa aspek, contohnya KDEB ICI yang menguruskan sisa pepejal dan kebersihan.

“Bomba pula bertanggungjawab terhadap kejadian kecemasan seperti banjir atau kebakaran, manakala AKPS mengawal sempadan negara,” katanya ketika ditemui selepas melawat KDEB ICI Sdn Bhd malam ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari membuat pengumuman penghargaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam Program Mb Singgah Syawal di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Shah Alam pada 19 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, ketika di BBP Kota Anggerik, Amirudin sempat melawat bilik gerakan operasi dan melihat gerak kerja pasukan keselamatan terbabit.

Beliau juga turut mengambil kesempatan membuat ucapan penghargaan serta Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua 38 BBP seluruh Selangor menggunakan sistem pemancar radio.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619