GLOBAL

Malaysia dan Indonesia sepakat tangani kempen Eropah burukkan industri minyak sawit

30 Jun 2018, 3:27 AM
Malaysia dan Indonesia sepakat tangani kempen Eropah burukkan industri minyak sawit

JAKARTA, 30 JUN: Malaysia dan Indonesia hari ini, sepakat untuk menangkis kempen negatif Eropah berhubung industri minyak sawit.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata sebagai dua pengeluar utama komoditi itu, Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama melawan kempen yang dijalankan Eropah memburukkan industri negara.

"Eksport minyak sawit kini diancam oleh Eropah dan kita perlu bersama melawan hujah mereka kononnya banyak hutan ditebang yang memberi kesan besar kepada cuaca dan alam sekitar," katanya pada sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo, di Istana Presiden Bogor, di sini.

Dr Mahathir berkata, tentangan Eropah itu dilihat lebih berkaitan ekonomi dan bukannya kesan alam sekitar akibat penerokaan tanah untuk tanaman sawit.

Beliau berkata, jika berkaitan alam sekitar, negara Eropah yang sebenarnya tidak lagi mempunyai kawasan yang dilitupi hutan kerana hampir semuanya sudah ditebang.

"Apabila kita perlukan kawasan penanaman sawit yang lebih besar, mereka menentangnya," katanya.

Sementara itu, Jokowi meminta kerajaan Malaysia menimbangkan permintaan Indonesia menyediakan sekolah untuk anak pekerja dari negara itu di Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak.

Beliau juga menyentuh keperluan mengadakan kerjasama erat dalam menangani isu berkaitan sempadan dan pengeluaran kereta bersama.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619