SUKANKINI

Denmark, Australia seri 1 - 1

22 Jun 2018, 2:14 AM
Denmark, Australia seri 1 - 1

OLEH HAFIZAN TAIB

SAMARA, 21 JUN: Denmark dan Australia terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1 - 1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C di Cosmos Arena, di sini.

Denmark menang 1 - 0 ketika bertemu Peru dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2018, mendahului lawan seawal minit ke tujuh melalui Christian Eriksen.

Pemain tengah Tottenham Hotspur itu menyudahkan hantaran Nicolai Jorgensen dengan satu tendangan deras dan gagal diselamatkan penjaga gol, Mathew Ryan.

Australia yang ketinggalan cuba meningkatkan permainan melalui serangan balas dilancar ke kubu Denmark dengan penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel beberapa kali menyelamatkan keadaan.

Bagaimanapun, Australia akhirnya menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan penalti selepas terkena tangan pemain RB Leipzig, Yussuf Poulsen dengan ketua pasukan, Mile Jedinak (m38) tidak melakukan kesilapan dan menghampakan Schmeichel di pintu gol.

Kedua pasukan meneruskan rentak bagi mencari gol namun terus gagal sehingga berakhir masa penuh permainan.

Selepas dua perlawanan, Denmark mengumpul empat mata dan Australia (satu) yang tewas 1 - 2 kepada Perancis masih berpeluang mara ke pusingan seterusnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619