SUKANKINI

Perancis menang, Peru tersingkir

22 Jun 2018, 2:21 AM
Perancis menang, Peru tersingkir

OLEH HAFIZAN TAIB

YEKATERINBURG, 22 JUN: Perancis melangkah ke pusingan 16 terakhir apabila menewaskan Peru 1 - 0 melalui gol jaringan Kylian Mbappe pada aksi kedua Kumpulan C di sini.

Gol penyerang Paris Saint-Germain itu terhasil pada minit ke 34 dengan menyudahkan bola percubaan Olivier Giroud yang melantun di depan gol melepasi penjaga gol, Pedro Gallese.

Ia memastikan kemenangan pasukan bimbingan Didier Deschamps dan jaringan itu juga memahat nama Mbappe, 19, sebagai penjaring termuda dalam edisi Piala Dunia.

Peru yang memulakan perlawanan dengan beraksi baik serta berusaha mencatat kemenangan selepas tewas 0 - 1 kepada Denmark dalam perlawanan sebelumnya, menyaksikan beberapa percubaan digagalkan ketua pasukan Perancis, Hugo Lloris.

Pasukan Amerika Selatan yang kembali ke Piala Dunia selepas kali terakhir pada 1982 mendapat peluang terbaik melalui Pedro Aquino pada separuh masa kedua, namun menyaksikan bola tendangannya melepasi palang gol.

Deschamps, ketua pasukan yang menjulang Piala Dunia bersama Perancis pada 1998 berkata, beliau berpuas hati dengan persembahan pasukannya dan bersedia untuk perlawanan seterusnya menentang Denmark.

"Kami gembira dengan kemenangan ini dan akan cuba mengekalkannya untuk menduduki tangga teratas kumpulan sebelum menghadapi peringkat kalah mati," katanya dipetik AFP.

Perancis mengalahkan Australia 2 - 1 pada perlawanan pertama manakala kekalahan kedua Peru itu pula mengakhiri perjalanan mereka dalam kejohanan kali ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619