SUKANKINI

Sepanyol benam Iran 1 - 0

21 Jun 2018, 2:40 AM
Sepanyol benam Iran 1 - 0
Sepanyol benam Iran 1 - 0

OLEH HAFIZAN TAIB

KAZAN, 21 JUN: Sepanyol mengatasi cabaran dan mencatat kemenagan 1 - 0 ke atas Iran hasil jaringan Diego Costa dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia 2018.

Gol penyerang Atletico Madrid yang ketiga dari dua perlawanan itu membantu juara edisi 2010 meraih tiga mata dan berkongsi kedudukan bersama Portugal dengan empat mata dalam kumpulan berkenaan.

Ia terhasil melalui percubaan Costa pada tujuh minit separuh masa kedua yang mendapat bola selepas gagal dikeluarkan pertahanan Iran dengan melepasi penjaga gol, Ali Beiranvand.

Iran yang berusaha bangkit bagi mencari gol dan melancarkan serangan memperolehinya menerusi Saeid Ezatolahi tetapi dibatalkan kerana berada pada posisi 'offside'.

Jurulatih Sepanyol, Fernando Hierro yang dilantik menggantikan Julen Lopetegui menerusi AFP, mengakui pasukannya menempuh tentangan sengit Iran sepanjang perlawanan itu.

"Kami berjaya memungut tiga mata selepas menghadapi cabaran sukar Iran yang bermain dengan baik dalam perlawanan ini," katanya.

Sebelum ini, Sepanyol seri 3 - 3 dengan Portugal, yang mengalahkan Maghribi 1 - 0.

Iran yang memungut tiga mata hasil dua perlawanan, masih berpeluang ke peringkat seterusnya dan mesti mencatat kemenangan ketika berdepan Portugal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619