SUKANKINI

Suarez bawa Uruguay ke pusingan kalah mati

21 Jun 2018, 2:33 AM
Suarez bawa Uruguay ke pusingan kalah mati
Suarez bawa Uruguay ke pusingan kalah mati

OLEH HAFIZAN TAIB

ROSTOV-ON-DON, 21 JUN: Luis Suarez membantu Uruguay mara ke pusingan 16 terakhir dengan mengalahkan Arab Saudi 1 - 0 dalam perlawanan Kumpulan A pada Piala Dunia 2018 di sini.

Gol penyerang Barcelona pada minit ke 23 itu terhasil melalui sepakan sudut dengan mengambil peluang kegagalan penjaga gawang Arab Saudi, Mohammed Al-Owais menangkap kemas bola.

"Jaringan diperoleh untuk kemenangan ini penting dan saya berharap dapat terus mara bersama Uruguay," kata Suarez yang tampil dalam perlawanan ke 100 untuk Uruguay, dipetik AFP.

Uruguay kini memungut enam mata hasil dua perlawanan dan menduduki tangga kedua kumpulan di belakang tuan rumah, Rusia dengan mata sama namun berbeza jaringan gol.

Arab Saudi yang lebih bersedia dalam perlawanan itu masih gagal memburu kemenangan pertama dalam Piala Dunia disertai sejak 1994.

Kegagalan kedua selepas tewas 0 - 5 kepada Rusia dalam perlawanan pembukaan, menyaksikan Arab Saudi terkeluar daripada kejohanan kali ini.

Kemenangan diraih Uruguay memastikan pasukan itu dan Rusia yang sebelumnya menundukkan Mesir 3 - 1, mara ke pusingan kalah mati.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619