SUKANKINI

Kane wira The Three Lions, England tewaskan Tunisia 2-1

18 Jun 2018, 11:13 PM
Kane wira The Three Lions, England tewaskan Tunisia 2-1

VOLGOGRAD, Russia 19 JUN: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane muncul wira England apabila meledak dua gol bagi membantu England menewaskan Tunisia 2-1 dalam aksi sulung Kumpulan G.

Tandukan Kane pada masa kecederaan menghadiahkan kemenangan buat skuad The Three Lions selepas kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 sehingga minit ke-90.

Terdahulu, Kane membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-11 tetapi Ferjani Sassi berjaya menyamakan kedudukan buat Tunisia pada minit ke-35.

England seharusnya mampu melakar kemenangan lebih selesa dalam perlawanan tetapi skuad bimbingan Gareth Southgate gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang bagi menjaringkan gol pada babak pertama.

"Saya cukup bangga dengan prestasi rakan sepasukan. Saya fikir kami bermain dengan baik pada babak pertama, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.

"Kredit perlu diberikan kepada semua pemain, mereka terus berjuang sehingga tamat perlawanan. Ia membuktikan kami mempunyai semangat juang tinggi bagi mencapai matlamat," kata Kane yang juga kapten England.

England akan berdepan Panama yang tewas 0-3 di tangan Belgium dalam aksi kedua, Ahad ini.

SUMBER: AFP

FOTO: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619