GLOBAL

Poland tarik balik lebih 4 juta telur dicemari antibiotik

16 Jun 2018, 12:13 PM
Poland tarik balik lebih 4 juta telur dicemari antibiotik

WARSAW 16 JUN: Perkhidmatan veterinar Poland, semalam menarik balik kira-kira 4.3 juta telur yang dicemari antibiotik, beberapa hari selepas Belanda mengarahkan ia dikeluarkan dari pasar raya di Jerman.

Pegawai mengarahkan telur berkenaan, yang dijual di pasar domestik, ditarik balik susulan pemeriksaan yang diadakan.

"Penarikan balik itu disebabkan kehadiran sisa antibiotik lasalocid pada kadar melebihi paras maksimum pada kadar dibenarkan," menurut kenyataan.

Ketua perkhidmatan veterina Poland, Pawel Niemczuk, berkata ubat itu dimasukkan secara salah ke dalam makanan untuk diberikan kepada ayam yang bertelur di ladang berhampiran Poznan.

"Makanan untuk menggemukkan ayam yang menggunakan antibiotik secara sah, tersalah diberikan kepada ayam yang bertelur," katanya kepada agensi berita PAP.

Selasa lalu, pihak berkuasa Jerman menarik balik kira-kira 73,000 telur Belanda dari pasar raya selepas ditemui dicemari fipronil, racun serangga sama yang mencetuskan kebimbangan tahun lalu.

Kementerian Pertanian Lower Saxony berkata, kumpulan telur tercemar itu datang dari ladang organik di Belanda, tetapi menegaskan ia tidak bahaya kepada kesihatan manusia.

SUMBER: AFP

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619