SELANGOR

Jangan jual tapak bazar Ramadan, Aidilfitri

11 Jun 2018, 6:32 AM
Jangan jual tapak bazar Ramadan, Aidilfitri
Jangan jual tapak bazar Ramadan, Aidilfitri

OLEH NADIAH ZAMLUS

KLANG, 11 JUN: Peniaga dinasihatkan supaya tidak menjual tapak perniagaan kepada orang lain, tegas Yang Dipertua (YDP), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato' Mohamad Yasid Bidin.

Katanya, tindakan tersebut dianggap tidak wajar memandangkan peniaga cuba mengambil kesempatan terhadap orang lain.

"Agak sukar untuk 'menangkap' peniaga sebegini kerana kita tidak mempunyai bukti, apabila membuat pemeriksaan, peniaga ini akan beri alasan mereka hanya membantu kawan, jadi ia agak sukar untuk dikesan.

"Paling tidak wajar apabila ia diberi kepada peniaga asing yang sepatutnya tidak berlaku," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MPK, pagi tadi.

Sebelum itu terdapat aduan terdapat peniaga yang menjual tapak bazar di Jalan Taiping, Klang dengan harga sehingga mencecah RM14,000.

Yasid berkata, kesemua peniaga di situ berjaya memperoleh tapak perniagaan setelah menang dalam sistem bidaan yang dikendalikan MPK.

"Harga bidaan dibuka bermula RM3,500 dan bidaan tertinggi diperolehi ialah sebanyak RM8,288, panel bidaan MPK dikendalikan oleh Pengarah Perlesenan MPK dan juga ahli majlis.

"Dakwaan kononnya pemilihan tapak di Jalan Taiping berdasarkan kroni dan sebagainya adalah tuduhan jahat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619