BERITA UTAMA

Selangor komited teruskan IPR

10 Jun 2018, 2:13 AM
Selangor komited teruskan IPR
Selangor komited teruskan IPR
Selangor komited teruskan IPR

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 JUN: Kerajaan Negeri komited meneruskan Insiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dilaksanakan sejak 2008 lalu.

Exco Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berpendapat IPR akan terus diperkasa dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Katanya, Kerajaan negeri perkenal pelbagai program dengan peruntukan jutaan ringgit termasuk dari segi pendidikan kepada golongan memerlukan.

"Kita turut perkasakan anak muda tercicir dalam meneruskan pelajaran.

"Kita beri pendidikan percuma dan lebih 4,000 anak muda di Selangor dapat manfaat tajaan Kerajaan Negeri sejak 2008," katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di Facebook, semalam.

Ganabatirau berkata, program Jom Shopping masih diteruskan dengan memberikan baucar RM100 kepada yang layak setiap kali sambutan perayaan.

Katanya, terdapat cadangan untuk program itu dipelbagaikan, kelak.

"Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) yang diperkenal untuk ibu-ibu daripada keluarga tidak berkemampuan diharap dapat bantu ringankan beban keluarga mereka.

"Hanya kerajaan Selangor berani bagi bantuan RM2,400 setahun (RM200 sebulan) kepada ibu yang layak," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan membantu 30,000 keluarga di negeri itu.

"Kerajaan negeri juga masih teruskan program pemberian air percuma.

"Dulu ada yang ketawakan kita dan bagi tahu kerajaan negeri akan bankrap tapi hingga kini ia masih dalam dilaksanakan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619