PBT

MPSJ serah sumbangan raya kepada 264 kakitangan

9 Jun 2018, 3:04 AM
MPSJ serah sumbangan raya kepada 264 kakitangan
MPSJ serah sumbangan raya kepada 264 kakitangan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG, 9 JUN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sentiasa mengutamakan kebajikan kakitangannya dalam setiap program kebajikan yang dijalankan.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, hal itu dapat dilihat apabila MPSJ menyampaikan sumbangan hari raya kepada 264 kakitangan Kumpulan D yang bergaji bersih RM2,500 ke bawah dan 14 asnaf serta balu.

"Sebelum melihat pihak luar, kita perlu lihat dulu kakitangan sendiri yang perlu dibantu, maka kita bantu.

"Walaupun sumbangan ini tak seberapa, namun ia dapat membantu kakitangan terbabit meringankan perbelanjaan sempena hari raya, kali ini," katanya pada program Iftar Warga Kerja MPSJ, di Ibu Pejabat MPSJ, di sini, semalam.

Noraini berkata, jumlah sumbangan itu akan dipertingkatkan pada masa hadapan jika MPSJ berjaya meningkatkan hasil kutipan cukai, pada tahun ini.

Katanya, sumbangan penghargaan itu mampu merapatkan lagi hubungan antara MPSJ dan kakitangannya.

Selain sumbangan kewangan kepada golongan itu, MPSJ turut menyampaikan bubur lambuk, dodol dan kerepek.

Terdahulu, majlis berbuka puasa bersama kakitangan MPSJ itu turut diisi dengan pelbagai aturcara antaranya penyampaian duit raya kepada anak kakitangan, persembahan nasyid dan bacaan tahlil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619