NASIONAL

Bantuan insentif raya untuk peneroka Felda dan Felcra

6 Jun 2018, 6:53 AM
Bantuan insentif raya untuk peneroka Felda dan Felcra

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA, 6 JUN: Kerajaan memperuntukkan RM50 juta sebagai bayaran insentif raya kepada peneroka Felda menjelang aidil fitri kali ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Felcra juga memperuntukkan RM44 juta bagi membiayai peruntukan bayaran insentif raya kepada peneroka tanah Felcra.

"Kerajaan memperuntukan untuk felda dan Felcra mengeluarkan peruntukkannya untuk sumbangan raya ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya di sini, hari ini.

Selain itu, Mahathir turut menyentuh isu peruntukan RM500,000 yang akan disalurkan kepada kepada Anggota Parlimen dan RM200,000 lagi untuk Pusat Khidmat Anggota Parlimen akan disalur sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Manakala skim kawalan harga musim perayaan sempena Aidilfitri pula melibatkan 22 jenis barang kawalan.

Katanya, kerajaan juga akan menyentuh bayaran Bantuan Sara Hidup tidak lama lagi

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619