AGENDA

Felcra agih dividen RM74 juta kepada lebih 70,000 peserta

28 Mac 2024, 3:21 PM
Felcra agih dividen RM74 juta kepada lebih 70,000 peserta

KOTA BHARU, 28 MAC: Felcra Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.

Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata dengan bayaran yang sudah dilunaskan itu diharap dapat membantu meringankan beban peserta untuk membuat persiapan Aidilfitri tahun ini.

"Jumlah dividen ini bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah dunia. Pada bulan ini harga minyak sawit mentah nampak agak stabil melebihi RM4,000 bagi satu tan.

"Kita harap trend kenaikan ini berterusan bagi membolehkan dividen lebih banyak dapat diagihkan kepada peserta," katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian UMNO Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata bagi bayaran pertama dividen 2024 akan dibayar Mei depan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan menyeru kerajaan negeri mengambil langkah segera dan tuntas dalam menyelesaikan masalah bekalan air menjelang Aidilfitri yang bakal disambut dua minggu lagi.

"Kepulangan perantau akan menyebabkan penggunaan air semakin meningkat, kita tidak mahu masalah air menjejaskan sambutan Aidilfitri," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619