SUKANKINI

MotoGP: Hafizh cemerlang di Itali

4 Jun 2018, 5:37 AM
MotoGP: Hafizh cemerlang di Itali
MotoGP: Hafizh cemerlang di Itali

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 JUN: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin mempamer tunggangan membanggakan dengan menamatkan saingan di tempat ke-12 dalam Grand Prix (GP) Itali, di Autodromo del Mugello, Itali, semalam.

Dengan keputusan dicatat, pelumba Monster Yamaha Tech3 itu memperoleh empat mata, memulakan perlumbaan dari petak ke-14 melengkapkan 23 pusingan dengan masa keseluruhan 42 minit 05.665 saat.

Selepas enam pusingan, Hafizh kini di tangga ke-16 dengan 17 mata dalam senarai pelumba keseluruhan, manakala dalam senarai pelumba muka baharu, beliau berkongsi mata dengan Franco Morbidelli di tangga teratas.

Perlumbaan GP Itali dimenangi pelumba Ducati, Jorge Lorenzo dengan catatan masa 41 minit 43.230 saat diikuti rakan sepasukan, Andrea Dovizioso serta pelumba Movistar Yamaha MotoGP, Velentino Rossi (ketiga).

Hafizh berkata, perlumbaan itu adalah sukar dalam keadaan sangat panas, namun berterima kasih kepada pasukan yang banyak membantu dengan penyediaan jentera sempurna.

"Saya sangat gembira kerana pada permulaan saya bergelut sedikit untuk mencari cengkaman dan saya menggunakan segala kekuatan bersaing dengan pelumba lain.

"Ia menguatkan azam saya untuk terus bekerja keras meraih kejayaan lebih baik dalam perlumbaan seterusnya," katanya.

Perlumbaan selepas ini ialah GP Sepanyol, pada 15 hingga 17 Jun ini.

Rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco, turut cemerlang apabila menamatkan perlumbaan pada tempat

ke-10 untuk meraih enam mata.

Pelumba Perancis itu kini menduduki tangga kelima keseluruhan dengan 64 mata.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619