SELANGOR

450 penduduk DUN Bukit Melawati terima baucar jom shopping

3 Jun 2018, 4:17 AM
450 penduduk DUN Bukit Melawati terima baucar jom shopping
450 penduduk DUN Bukit Melawati terima baucar jom shopping

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 JUN: Seramai 450 penduduk di DUN Bukit Melawati menerima bantuan baucer Jom Shopping Aidilfitri, di pasar raya besar Giant, Pasir Penambang, semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, program itu dilaksanakan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang merupakan kesinambungan program Jom Shopping yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

"Setiap penerima yang layak diberikan vaucher bernilai RM100 tajaan Kerajaan Selangor bagi membantu rakyat membeli keperluan barangan dalam membuat persiapan menyambut perayaan.

"Kita berharap dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan dan meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan," tulisnya di laman facebook.

Katanya lagi, beliau berhasrat untuk memohon penambahan kouta di kawasannya kerana masih ramai rakyat yang dilihat memerlukan bantuan itu.

"Untuk permohonan orang ramai boleh membuat pendaftaran melalui ketua kampung atau terus datang ke pejabat DUN Bukit Melawati," katanya.

Pada masa sama, Juwairiya berkata, beliau sempat membuat tinjauan harga barang di pasaraya tersebut yang telah menukar harga barang dengan lebih rendah sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diletakkan pada kadar sifar peratus sejak 1 Jun lalu.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619