SELANGOR

Sultan berkenan serah watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan

30 Mei 2018, 6:32 AM
Sultan berkenan serah watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan
Sultan berkenan serah watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada dua hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) sebagai anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.

Pelantikan itu melibatkan dua Hakim Mahkamah Rayuan Syariah iaitu, Yang Arif Dato' Haji Mukhyuddin Ibrahim, 60 yang juga Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman dan Yang Arif Dato' Mohd Shukor Haji Sabudin.

Pelantikan ini berkuatkuasa pada 30 Mei 2018 hingga 29 Mei 2021 di mana selaras dengan Seksyen 57 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003.

Turut hadir menyaksikan istiadat itu, Ketua Hakim Syarie Selangor, Yang Amat Arif Tuan Mohamad Adib Husain dan Ketua Pendaftar JAKESS yang juga Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Yang Arif Noor Huda Roslan.

Selain itu, Prof Emeritus Datin Paduka Siti Zuraina Abd Majid turut menerima watikah pelantikan sebagai Penasihat Kehormat Warisan Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619