GLOBAL

Pegawai atasan tentera Rusia, suspek utama nahas MH17 - Belanda

26 Mei 2018, 1:56 AM
Pegawai atasan tentera Rusia, suspek utama nahas MH17 - Belanda

THE HAGUE 26 MEI: Badan penyiasat yang dilantik Belanda bagi menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 menamakan seorang warga Rusia sebagai suspek utama yang ada kaitan dengan nahas tersebut.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Bellingcat pada Jumaat menamakan seorang warga Rusia, Andrey Ivanovich yang menggunakan kod nama "Orion" adalah Oleg Vladimirovich Ivannikov.

Hasil risikan dan siasatan yang dibuat Bellingcat mendakwa Ivannikov adalah salah satu suara yang dikesan dalam perbualan yang dikesan perisikan Ukraine sehari selepas nahas berlaku.

Perbualan tersebut didakwa ada kaitan dengan pelancaran peluru berpandu yang mensasarkan pesawat malang MH17 pada 17 Julai 2014.

Kumpulan penyiasat mendakwa Ivannikov merupakan seorang pegawai atasan tentera Rusia yang dihantar ke wilayah Luhansk di Ukraine sejak awal 2014 dan dia menjadi individu penting siasatan nahas tersebut.

Rusia bertalu-talu menafikan penglibatannya dalam serangan peluru berpandu ke atas MH17 yang mengorbankan kesemua 298 orang termasuk anak kapal itu.

Pada Jumaat, Belanda dan Australia menegaskan Rusia bertanggungjawab dalam serangan terbabit dan menggesa kerjasama diberikan Kremlin.

SUMBER: AGENSI

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619