BERITA UTAMA

Tahniah Mohamed Azmin - Ketua Polis Selangor

25 Mei 2018, 1:21 PM
Tahniah Mohamed Azmin - Ketua Polis Selangor
Tahniah Mohamed Azmin - Ketua Polis Selangor
Tahniah Mohamed Azmin - Ketua Polis Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 25 MEI: Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor merakamkan ucapan tahniah kepada Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Katanya, beliau berharap Mohamed Azmin dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan.

"Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Selangor dilaksanakan dalam suasana aman dan terkawal tanpa menggugat keselamatan dalam negeri.

"Semoga ummah di Selangor terus diperkasakan dan dapat membentuk ummah cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan sembah maklum Majlis Berbuka Puasa bersama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, turut mencemar duli DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Mazlan berkata, beliau berbesar hati apabila Sultan Selangor sanggup mencemar duli buat kali pertama berbuka puasa di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.

"Patik amat berbesar hati kerana ini kali pertama Tuanku Baginda berbuka puasa bersama kontijen polis Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619