SELANGOR

Umat Islam patut malu dicekup tidak berpuasa

25 Mei 2018, 6:39 AM
Umat Islam patut malu dicekup tidak berpuasa
Umat Islam patut malu dicekup tidak berpuasa

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 25 MEI: Umat Islam sepatutnya malu sekiranya dicekup Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) gara-gara tidak berpuasa.

Exco Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, tindakan berkenaan dilihat tidak bertanggungjawab kerana boleh mencemarkan imej Islam.

"Sekarang kita lihat semakin ramai mendekati Islam, kita tidak mahu ada lagi kes penangkapan seumpama ini, pada saya ini memalukan walaupun jumlah tangkapan kecil.

"Kita patut jadikan sifar penangkapan pada sepanjang Ramadan ini sekali gus membuktikan umat Islam lebih bertanggungjawab kepada agama," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Semalam, JAIS menahan enam individu tidak berpuasa melalui Operasi Tidak Menghormati Bulan Ramadan (OPTIMER).

Pengarahnya, Dato’ Haris Kasim berkata, ia membabitkan penahanan tiga individu dari daerah Petaling dan tiga dari daerah Klang.

Mengikut Seksyen 19, mana-mana individu yang tidak menghormati Ramadan dengan secara terbuka didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya, adalah melakukan suatu kesalahan.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Dalam perkembangan lain, Shaharuddin berkata, beliau akan bertemu JAIS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta beberapa agensi berkaitan bagi membincangkan hala tuju hal ehwal agama Selangor, pada Isnin akan datang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619