NASIONAL

Selebriti terkejut, hutang negara cecah RM1 trilion

22 Mei 2018, 8:12 AM
Selebriti terkejut, hutang negara cecah RM1 trilion

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 MEI: Selebriti tempatan, Chef Wan melahirkan rasa terkejut berhubung laporan bebanan hutang RM1 trilion yang terpaksa ditanggung Putrajaya kini.

Di Instagram, Chef Wan berkata, pentadbiran kerajaan terdahulu ternyata gagal dan hanya bijak memanipulasi fakta sebenar kepada rakyat.

"Harapkan pagar, pagar makan padi! Segala hutang ini akan menyusahkan lagi masa depan kita semua sampai ke cucu cicit kita," kesalnya.

Kebimbangan sama turut dinyatakan penyanyi Kaer Azami yang turut berkongsi kesukarannya terpaksa bergelut dengan bebanan pentadbiran Kerajaan Putrajaya sebelum ini.

"Rakyat terpaksa membayar kadar pencukaian yang tinggi. Kita semua berhempas pulas berharap negara makin maju dan makmur," katanya pada catatan balas di ruangan comment media sosial Chef Wan.

Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan nilai liabiliti hutang sebenar Kerajaan Malaysia yang ditinggalkan pentadbiran Umno Barisan Nasional.

Nilai terkini yang disebut Tun Mahahir, mencecah RM1 trilion, berbanding pentadbirannya sebelum ini yang tidak melebihi RM300 bilion.

"Bagaimana kita hendak menyelesaikan hutang ini adalah bergantung kepada usaha dan daya fikir kita untuk menghadapi cabaran ini.

"Justeru, kita perlu ada kerjasama antara pihak yang menjadi kerajaan menerusi wakil rakyat yang dipilih dan anggota pentadbiran kerajaan bagi menyelesaikan masalah itu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619