AGENDA

PM: Hutang negara termasuk liabiliti cecah RM1.5 trilion

17 Jan 2023, 6:12 AM
PM: Hutang negara termasuk liabiliti cecah RM1.5 trilion

PUTRAJAYA, 17 JAN: Hutang negara termasuk liabiliti telah mencecah RM1.5 trilion dan perlu ditangani segera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kedudukan ekonomi negara masih belum kukuh dan ia turut berkait dengan perkembangan antarabangsa.

“Ekonomi masih dianggap malap. Ia juga berkait dengan perkembangan antarabangsa, baik soal konflik Rusia-Ukraine atau pasca Covid-19 yang belum dapat menzahirkan kekuatan ekonomi dunia.

“Kalau ikut unjuran ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), ia terus menurun. Cabaran (untuk kerajaan) adalah hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trilion. Jika termasuk liabiliti, ia sudah mencecah RM1.5 trilion," katanya pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini.

Justeru, katanya kerajaan tidak akan mengambil pendekatan 'business as usual' dan akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

“Sebab itu, kita beri angka yang sebenar. (Bayaran) Khidmat hutang 2023 adalah sebanyak RM45 bilion, iaitu 15 peratus daripada hasil negara dan ini juga maksimum yang mampu ditangani oleh negara.

“Kita tidak fikir kita boleh mendepani tahun 2023 dengan keadaan yang selesa. Sebab itu, kalau ada budaya selesa, ia tidak akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang diharapkan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619