NASIONAL

PAKATAN Perak tolak Mohd Radzi sertai PPBM

15 Mei 2018, 8:09 AM
PAKATAN Perak tolak Mohd Radzi sertai PPBM

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 MEI: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak penyertaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi ke dalam parti itu itu apabila mendapati beliau adalah individu bertanggungjawab membawa kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat, pada 2008.

Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN) Perak, Ahmad Faizal Datuk Azumu berkata, keputusan itu diambil atas prinsip setiap kemasukan ke dalam gabungan berkenaan akan disaring bagi mengelakkan episod duka rakyat berulang.

"Untuk itu, setelah mengambil maklum semua perkara dan asas kukuh, saya dengan ini memaklumkan permohonan beliau untuk menyertai PPBM ditolak tanpa rundingan.

"Terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Perak yang memberikan kritikan atas isu ini dan kepada pimpinan PAKATAN Perak yang teguh bersama saya untuk memastikan Kerajaan Perak terus mendahulukan rakyat serta memperkukuhkan Kerajaan Negeri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, sebelum itu beliau menghadiri majlis kemasukan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, pada 14 Mei 2018, di Hotel Kinta RiverFront.

Menteri Besar Perak itu berkata, kehadirannya pada majlis berkenaan sebagai tanda sokongan kepada PPBM Perak.

Bagaimanapun, beliau hanya mengetahui kehadiran Jamaluddin selepas selesai sidang media itu diadakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619