NASIONAL

MB dan Mohamed Azmin hadir Ulang Tahun Kedua PPBM

8 Sep 2018, 11:25 PM
MB dan Mohamed Azmin hadir Ulang Tahun Kedua PPBM
MB dan Mohamed Azmin hadir Ulang Tahun Kedua PPBM
MB dan Mohamed Azmin hadir Ulang Tahun Kedua PPBM

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 9 SEPT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali hadir memeriahkan Majlis Ulang Tahun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, di sini.

Majlis itu merupakan ulang tahun PPBM yang ke-2 turut dihadiri Pengerusi PPBM yang juga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah.

Kehadiran beliau disambut dengan iringan 'Hidup Tun' oleh ahli parti yang hadir dari seluruh negeri di Malaysia.

Turut hadir meraikan majlis ulangtahun itu adalah Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Pengerusi DAP, Tan Kok Wai; Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terdahulu, Stadium Malawati itu pernah menjadi lokasi kepada pelancaran parti berkenaan buat pertama kalinya.

Berdasarkan kenyataan, PPBM ditubuhkan bertujuan memberikan perhatian kepada reformasi institusi untuk mengembalikan integriti dalam pentadbiran negara.

Selain itu, antara objektif lain adalah untuk mengembalikan semula demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang sudah dinafikan dan disalahguna serta berjuang menambah baik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan lebih baik kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619