BERITA UTAMA

PM: Mesyuarat bincang kabinet esok

10 Mei 2018, 4:27 PM
PM: Mesyuarat bincang kabinet esok
PM: Mesyuarat bincang kabinet esok

 

OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA, 10 MEI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, mesyuarat bagi membincangkan ahli kabinet Malaysia akan diadakan, esok.

Katanya, mesyuarat diantara pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PAKATAN) itu turut membabitkan pemilihan parti komponen, dalam barisan kabinet.

"Kita akan bahagi barisan kabinet mengikut parti dengan seadilnya.

"Perbincangan ini akan berlangsung agak lama, namun ia perlu diselesaikan segera bagi membentuk kerajaan," katanya ketika sidang media di Hotel Sheraton, di sini, hari ini.

Tun Dr Mahathir turut memberitahu, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk merombak ketua jabatan yang dipercayai bersifat kleptokrat.

"Namun, sebagai pemimpin yang sudah berpengalaman selama 22 tahun, sudah tentu negara ini akan ditadbir mengikut undang-undang yang sah," katanya.

Sidang media pertama Tun Dr Mahathir selepas diisytihar Perdana Menteri itu turut dihadiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619