BERITA UTAMA

Angkat sumpah PM ketujuh 9.30 malam ini

10 Mei 2018, 11:02 AM
Angkat sumpah PM ketujuh 9.30 malam ini
Angkat sumpah PM ketujuh 9.30 malam ini

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Majlis Angkat sumpah Perdana Menteri ke-7 dijadualkan berlangsung, pada jam 9.30 malam ini.

Perkara itu dimaklumkan sumber petugas media yang berada, dalam perkarangan Istana Negara.

Sebelum itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN), Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di perkarangan Pintu 2 Istana Negara sekitar jam 4.40 petang bagi mengadap Yang Dipertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V.

Beliau tiba dengan pakaian serba hitam sambil diringi beberapa pimpinan PAKATAN melalui Pintu 2, Istana Negara.

Turut kelihatan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Nurul Izzah Anwar.

Sementara di perkarangan luar Istana Negara menyaksikan rakyat datang untuk terus meraikan kemenangan PAKATAN yang berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) buat pertama kali, selepas 61 tahun.

Penyokong tampil sambil membawa bendera KEADILAN, merakam foto kenangan dan menyanyikan lagu Negaraku.

PAKATAN menang majoriti mudah 113 kerusi Parlimen sementara Parti Warisan Sabah (WARISAN) menang lapan kerusi selain menawan beberapa negeri.

Antara negeri yang ditawan adalah Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Kedah serta mengekalkan kemenangan di Pulau Pinang serta Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619