SELANGOR

Daroyah tambat hati penduduk Bukit Kapar

8 Mei 2018, 7:08 AM
Daroyah tambat hati penduduk Bukit Kapar
Daroyah tambat hati penduduk Bukit Kapar

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 8 MEI: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Sementa, Dr Daroyah Alwi menerima sokongan kuat penduduk Bukit Kapar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Daroyah berkata, ia berdasarkan reaksi amat baik penduduk kawasan itu sepanjang tempoh beliau berkempen di sana.

"Sepanjang tempoh berkempen saya dan jentera kempen mempergiatkan usaha mengadakan pelbagai aktiviti demi menyantuni masyarakat di sini.

"Malah, saya amat bangga apabila ada beberapa masyarakat di sini mengenali ibu bapa saya memandangkan Bukit Kapar merupakan tempat kelahiran saya," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika sesi program Sembang Santai dan Santuni Mangsa Banjir di Bilik Gerakan, Jalan Iskandar, semalam.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga itu berkata, beliau dan jentera kempennya berusaha keras bagi memastikan kubu kuat PAS yang sebelum ini di bawah DUN Meru ditadbir oleh Dr Abdul Rani Osman itu akan dimenanginya.

Terdahulu, Daroyah menghulurkan sumbang Kerajaan Negeri kepada 110 mangsa banjir di Bukit Kapar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619