SELANGOR

Daroyah rai 100 wanita sempena hari ibu.

8 Mei 2018, 4:45 AM
Daroyah rai 100 wanita sempena hari ibu.
Daroyah rai 100 wanita sempena hari ibu.

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 8 MEI: Seramai 100 ibu dari Persatuan Penduduk Taman Bukit Kembara 1, Rantau Panjang, di sini dirai dalam Majlis Sambutan Hari Ibu, semalam.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN), Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, inisiatif itu diambil bagi menghargai pengorbanan dan jasa ibu.

"Sambutan ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu yang sudah banyak berkorban dalam melahir serta membesarkan kita.

"Sebenarnya, hari-hari merupakan Hari Ibu tetapi 13 Mei ini merupakan hari istimewa sedikit untuk kita menghargai golongan terbabit," katanya.

Daroyah yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga mengakui bahawa ibu merupakan golongan istimewa dalam diri beliau.

"Saya dan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sentiasa berusaha memikirkan cara terbaik menghargai golongan ibu ini.

"Oleh itu, kami sedaya upaya menjadikan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sebagai inisiatif untuk meringankan beban golongan ibu khususnya di negeri ini," katanya.

Daroyah berkata, jika sebelum ini KISS terhad kepada 30,000 penerima di seluruh Selangor, namun kuota penerima akan bertambah sekiranya Pakatan Harapan (PAKATAN) berjaya mengambil alih Putrajaya.

"Di Selangor sahaja ramai mahukan KISS, tetapi kita terpaksa tapis mengikut syarat yang ditetapkan," katanya sambil menyeru golongan ibu untuk terus menyokong PAKATAN.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619