SELANGOR

Najwan mahu tingkat taraf hidup golongan belia

8 Mei 2018, 4:24 AM
Najwan mahu tingkat taraf hidup golongan belia

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SAHAH ALAM, 8 MEI: Calon Kota Anggerik, Najwan Halimi bersedia membawa suara anak muda ke peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya menang kawasan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Najwan berkata, suara anak muda penting untuk didengar kerana mereka adalah pemangkin yang akan membangunkan masa depan negara.

"Ini adalah hasrat saya untuk Kerajaan Negeri dengar aspirasi anak muda antaranya melibatkan bidang pendidikan kerana masih ramai anak muda di Kota Anggerik yang masih tercicir dari sudut akademik dan kerjaya.

"Peluang pekerjaan terhad juga antara faktor ramai masih mengangur, sebab itu perlu ada inisiatif atau dasar baru untuk kita bantu memberdayakan ekonomi.

"Kita akan rangka pelbagai inisiatif sebagai dorongan membantu anak muda mengembangkan kreativiti mereka di negeri ini agar dapat meningkatkan taraf hidup yang sering dibelenggu akibat kos yang semakin meningkat namun pendapatan yang kecil," katanya kepada Selangor kini.

Dalam pada itu, Najwan berkata, hasratnya tidak terhenti disitu, beliau juga akan memfokuskan isu-isu pembangunan wanita dan kemasyarakatan.

"Saya akan meneruskan legasi penyandang di sini iaitu Yaakob Sapari yang cemerlang. Beliau banyak membantu saya untuk lebih mengenali masyarakat di Kota Anggerik dan berkongsi ilmu pembangunan serta program yang perlu di pandang serius," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619