NASIONAL

Malaysia boleh muflis ekoran hutang menimbun

7 Mei 2018, 4:21 AM
Malaysia boleh muflis ekoran hutang menimbun

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 7 MEI: Negara berisiko untuk muflis seperti Greece dan Argentina jika gagal membayar hutang yang semakin menimbun termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bernilai RM42 bilion.

Calon Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa berkata, hutang itu perlu dibayar generasi hari ini dan generasi akan datang bagi mengelakkan negara muflis.

"Kalau bukan kita bayar sudah tentu anak dan cucu kita perlu bayar hutang ini dan jika tak bayar, suatu hari nanti negara kita juga boleh muflis seperti Greece dan Argentina.

"1MDB syarikat yang digunakan untuk pinjam duit dan kini hutang 1MDB sahaja sudah RM42 bilion walaupun kita tak nampak satu pun hasilnya," katanya pada Program Bicara 10 Janji 100 Hari di Taman Saujana Utama di sini, malam tadi.

Katanya, skandal 1MDB pertama kali berjaya dihidu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menduduki kerusi Ketua Pemangkang di Dewan Rakyat, pada 2009.

Katanya, negara ini hanya boleh diselamatkan jika rakyat memilih Pakatan Harapan (PAKATAN) untuk mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619