AGENDA

Penyandang: Henti isu siapa calon Sungai Buloh, tumpu menangkan HARAPAN

4 Nov 2022, 8:49 AM
Penyandang: Henti isu siapa calon Sungai Buloh, tumpu menangkan HARAPAN

SHAH ALAM, 4 NOV: Penyandang Parlimen Sungai Buloh menggesa isu beliau tidak dicalonkan semula dihenti sebaliknya tumpuan harus diberi kepada usaha untuk memenangkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menerima sepenuhnya keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak mempertahan kerusi berkenaan, R Sivarasa berkata kempen untuk HARAPAN lebih utama.

"Saya minta polemik mengenai saya tidak menjadi calon supaya dihenti. Yang lebih penting kempen untuk memenangkan seterusnya membawa HARAPAN ke Putrajaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

KEADILAN menamakan Timbalan Ketua Penerangan 1 Datuk R Ramanan di kerusi tersebut. Beliau dijangka bakal berdepan calon Barisan Nasional Khairy Jamaluddin yang juga bekas menteri kesihatan.

Turut diumum bertanding di situ, Mohd Ghazali Md Hamin dari Perikatan Nasional dan Mohd Akmal Mohd Yusoff dari Gerakan Tanah Air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619